Follow Dashboard
Tokens?

New version of YAMNOE
Thursday 22 October 2015 | 06:09 | 13 Komen Penguat
Assalamualaikum 😊


Novel You're Mine! No One Else! yang saya tak habiskan publish dekat sini, boleh dibaca kat apps Novel+. Saya akan letak semua bab dekat situ dalam masa terdekat ni. Ini new version btw.

Teruskanlah menyokong hasil karya saya 😄😄😄 terima kasih 💓💓💓

3 Cinta - 2
Friday 2 October 2015 | 23:01 | 0 Komen Penguat


BAB 2



BILIK CEO HOTEL INSPRING, JOHOR BAHRU – 3.15 P.M.

KHALISH berdecit dan keningnya berkerut. Mesej yang baru diterimanya tadi membuatkan hatinya semakin membara. Sudahlah dipaksa menyertai mesyuarat yang tak penting lagi menyusahkan ini, ditambah pula dengan peletakan jawatan stylistnya! Hish, kenapalah nasibnya akhir-akhir ini tidak berpihak kepadanya? 

“Lish, kau nak makan apa? Aku belanja.” Khaliq yang baru saja masuk ke dalam bilik pejabat, terus menegur adik bongsunya itu.

“Ah, kau uruskan telefon Khalil tu dulu. Aku tengah serabut ni!” Kerutan di kening Khalish semakin menjadi-jadi. Sekarang sudahlah susah hendak mencari stylist yang memahami cita rasanya. Kalau dah jadi begini, haihh!

“Aku dah belikan phone baru untuk dia. Yang kau ni pula dah kenapa? Berkerut-kerut!”  Khaliq berdiri di hadapan Khalish sambil mencekak pinggang. Keningnya turut bertaut apabila melihat keadaan adiknya itu. Nampak macam ada masalah besar saja!

Stylist aku lari. Aduh, susahlah aku lepas ni!” Khalish mengeluh geram.

“Lari? Hahaha. Kau garang sangat ni! Cubalah perangai tu semenggah sikit dengan muka. Baru orang melekat. Ni sampai umur 30 lebih pun still tak ada skandal. Sadislah model macam kau. Kau gay ke?! Kau tak bagi tahu aku pun!” Khaliq tergelak kecil. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi kerja sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Eh, sedapnya kau mengata! Cuba cermin sikit diri tu. Ke nak aku belikan cermin untuk kau?” Khalish menjeling tajam wajah abangnya yang sedang tersengih memandang ke arahnya.

“Alah kau ni. Emo sangat pahal? Setakat stylist tu, belambak! Nak yang lembut? Nak yang kasar? Nak yang separuh lembut? Nak yang gay macam kau?”

“Kurang ajar kau! Eh, masalahnya sekarang, lagi tiga hari aku nak kena fly. Siapa yang aku nak angkut untuk jaga pakaian aku semua?”

“Ajaklah manager kau. Apa susah?!”

“Aku malas nak bawa orang tua tu! Nanti bukan dia yang uruskan aku, aku yang uruskan dia, kau tahu?!” Khalish menggeleng laju.

“Habis, kau nak buat apa sekarang?”

“Kau kan banyak quota. Tolonglah aku. Perlu sangat!” Khalish membuat muka kesian sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Kau ingat aku kisah?! Blah. Aku nak buat kerja.” Kata Khaliq, kasar. Benci dia dengan raut muka adiknya itu! Macam tak ada point lain aje!

Wajah Khalish berubah seratus peratus apabila dia dihalau keluar. “Kurang ajar kau kan! Dah ah, tak nak tolong sudah!” Khalish segera bangun dari sofa lalu keluar dari bilik itu dengan langkah tergesa-gesa. Geram betul hatinya! Orang minta tolong betul-betul, dia buat main pula! Melampau!

Khaliq tergelak kecil apabila dentuman pintu menghentam biliknya. Langsung tak boleh diusik! Telefon di atas meja dicapai. Nombor setiausahanya ditekan. Seketika kemudian panggilannya diangkat.

“Assalamualaikum, tuan.” Sapa Zack di hujung talian.

“Waalaikumussalam. Zack, cari stylist baru untuk Khalish.”

“Lagi?!” Zack, setiausaha Khaliq, terjerit kuat. Baru bulan lepas dia carikan stylist untuk adik bongsu majikannya itu!

“Kau tau-tau jelah perangai Khalish tu macam mana. Kali ni cari yang penyabar gila-gila tapi dia garang dan berbisa.” Khaliq tersenyum sendiri.

“Hah?! Ada ke spesies orang macam tu?”

“Pandai-pandailah kau cari. Yang aku tahu, orang kali ni bertahan lama dengan budak tu.”

“Hmm… Yelah, tuan.” Suara Zack mengendur. Risau betullah kalau kali ini pilihannya salah lagi! Ingatkan sebelum ini dah cukup terbaik. Rupa-rupanya cekadak Khalish Haiyan ini memang melebihi orang perfectionist!


LOBI HOTEL INSPRING – 5.00 P.M.

KHALIQ, Khalil dan Khalish melangkah tenang apabila turun saja dari tangga. Semua staf yang berbaris di bahagian lobi menundukkan badannya sedikit apabila mereka bertiga berlalu. Urusan mereka di sini sudah habis, tambahan pula Khaliq ada mesyuarat dengan ahli jawatankuasa induk pada esok pagi. Khalil pula hendak menjenguk galerinya. Khalish pula perlu pergi photoshoot untuk iklan baru di televisyen esok pagi. Masing-masing sibuk dengan kerjanya sendiri!

Khaliq menghentikan langkahnya apabila berhadapan dengan seorang staf lelakinya. Khalil dan Khalish turut berhenti berjalan dan memerhatikan gerak-geri abangnya itu.

Scarf.” Sepatah perkataan keluar dari mulut Khaliq sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah leher staf lelaki bernama Mahmud. Terkocoh-kocoh lelaki itu membetulkan semula skafnya yang kelihatan sedikit senget. Manakala pekerja yang lain turut meneliti pakaian mereka agar kelihatan kemas dan bersih.

“Ikmal mana?” Tanya Khaliq sambil memerhati sekeliling.

“Ya, tuan.” Ikmal bergegas menuju ke arah Khaliq apabila namanya dipanggil.

“Nampaknya arahan saya tidak dipatuhi.” Khaliq mencekak pinggangnya sambil memandang ke arah Autumn Café.

“Err… Apa dia, tuan?” Ikmal menikus. Jantungnya terasa sungguh berdebar-debar. Sudahlah dia ketua staf di sini! Majikannya ini pula memang akan ke sini setiap minggu sekali. Apa pula yang tidak puas di hatinya lagi! Habislah…

“Apa yang saya nampak dekat bahagian buffet, design pinggan tu lapuk, tukar plain but elegent. Cawan tu! Pastikan tiada cap jari atau habuk. Renew meja dan kerusi. Design hantar kepada setiausaha saya. Apa-apa keputusan saya akan terus call awak. Saya akan datang lagi minggu depan. Kalau masih lagi tak ada perubahan, saya tak akan teragak-agak pecat awak.” Khaliq bersuara tegas. Perbualannya dengan Ikmal tidak didengari oleh pekerja yang lain memandangkan suara Khaliq masih lagi pada noktaf yang rendah. Dia tidak mahu air muka Ikmal jatuh di hadapan pekerjanya yang lain. Dia ialah ketua staf dan patut dihormati dan dipatuhi arahannya.

“Baik, tuan.” Ikmal menganggukkan kepalanya tanda faham.

“Pastikan kekemasan. Rambut, perempuan paras bahu. Lelaki paras leher. Skirt perempuan sampai buku lali. Seluar lelaki pastikan seluar slack hitam. Bagi perempuan yang pakai tudung, pastikan tudung hitam. Kasut semua kulit. Siapa yang tak mematuhi arahan, pecat saja. Saya percayakan awak.” Khaliq menepuk bahu Ikmal dua kali lalu melangkah keluar dari lobi hotel tersebut.

Good luck!” Ucap Khalil kepada Ikmal sambil tersenyum kacak. Khalish pula hanya memandang tanpa berminat. Selepas itu mereka berdua mengikut langkah Khaliq menuju ke arah kereta Honda CRV berwarna putih yang telah diparkir di hadapan lobi oleh pekerja di situ.

Handsomenya!” Sabrina, seorang staf perempuan yang dikerumuni oleh beberapa orang kawannya, tersenyum hingga ke telinga sambil memandang ke arah kereta Honda CRV.

“Kan bagus kalau hari-hari dia datang! Marah pun kacak, senyum pun kacak, serius pun kacak!” Ainin, staf perempuan di sebelah Sabrina turut menyampuk sambil tersengih.

“Aku suka Khalil tu. Dahlah handsome, baik, gentleman! Kalau dia gelak comel sangat muka dia!” Aqilah tersenyum gembira sambil melambai ke arah kereta Honda CRV yang sudah bergerak.

“Khalish tu pun kacak jugak. Tapi kerek betullah. Aku tegur dia, dia buat derk je. Tapi, sebab muka dia macam tu… Hmm… Smartnya!” Ainin tersenyum hingga ke telinga.

Ikmal berdiri di hadapan mereka bertiga sambil mencekak pinggang apabila melihat mereka bertiga masih lagi tercegat di tengah-tengah lobi.

“Dah tak ada kerja ke?” Ikmal memerli  dengan muka serius.

Sabrina, Ainin dan Aqilah terkocoh-kocoh pergi dari situ selepas mengucapkan maaf kepada Ikmal. Ikmal sekadar menggelengkan kepala melihat gelagat mereka. Pantang betul nampak lelaki kacak!


HOTEL INSPRING, CAWANGAN KUALA LUMPUR – 12.30 P.M.

“TUAN MUDA DAH SAMPAI!”

Jeritan itu membuatkan semua staf yang berada di ruang lobi berlari ke tempat kerja mereka semula. Tetamu yang berada di situ turut terkejut dengan jeritan tersebut. Namun, selepas beberapa saat staf yang sedang bergurau senda dan berborak antara satu sama lain lesap menghilangkan diri ke tempat kerja masing-masing.

Kereta Honda CRV berwarna putih berhenti di hadapan lobi Hotel Inspring. Khaliq keluar dari kereta dan menyerahkan kunci kereta kepada staf yang bertugas menyambut tetamu. Setelah itu dia diiring oleh pegawai-pegawai atasan sepanjang berjalan menuju ke lif.

“Selamat tengah hari, Tuan Muda.” 

Itulah ayat yang diucapkan oleh semua staf apabila Khaliq berjalan melalui mereka.

“Tuan Muda, Tuan dah tunggu dekat atas. Ada perkara nak dibincangkan.” Zack, selaku setiausaha kepada Khaliq bersuara tenang.

“Ye, saya dah dapat mesej tadi.” Jawab Khaliq lalu masuk ke dalam lif bersama-sama setiausahanya. Zack menganggukkan kepala lalu menekan butang lif nombor 12.

“Habislah kita! Habislah!!! Kita cari designer baru, Tuan mengamuk!” Sebaik saja pintu lif tertutup, Zack menjerit seperti orang gila, tangannya pula memegang tangan Khaliq lalu digocang-goncangkan sekuat hati. Bukan lagi Zack yang tenang seperti tadi, perangainya terus bertukar!

“Woi, rileks la! Dia bukan makan kita pun!” Khaliq menyentak tangannya daripada pegangan Zack dengan kerutan di dahi. Itulah perangai setiausahanya! Bila depan orang, fuh, berlakon tenang memang meletup! Bila depan majikannya, terus keluar perangai gilanya itu. Langsung tak boleh nak dikawal!

“Tapi masalahnya dia nak detail tentang designer dan apa sebab Tuan!!!” Zack menjerit sekali lagi.

“Ei kau ni kan! Aku sepak jugak kang!” Khaliq mengangkat kaki seakan-akan hendak menendang Zack. Terdiam jugalah setiausahanya itu sekejap. Namun, tidak lama selepas itu dia kembali resah.

“Macam mana ni Tuan?” Zack membuat muka sedih.

“Hish, jauhlah! Bising je kerja kau ni!” Tubuh Zack ditolak ke tepi dengan kasar lalu Khaliq keluar dari lif selepas pintu lif terbuka. Blazer di tubuhnya dibetul-betulkan beberapa kali sebelum memulas tombol untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Suasana suram dan sepi terlayar di matanya sebaik saja pintu dibuka. Tan Sri Azhar yang sedang duduk di kerusi kerja dengan muka yang ketat dan serius, dipandang tanpa senyuman. Blazer ditubuh ditanggalkan lalu disangkut di kayu pengampai.

“Tuan, what’s the matter?” Tanya Khaliq sambil berjalan tenang ke arah bapaknya.

What’s the matter?” Tan Sri Azhar mengajuk cakap Khaliq lalu tersenyum sinis.

“Saya ada kerja nak buat, Tuan ada apa nak cakap dengan saya?” Seperti biasa, kata-kata Khaliq dan wajahnya pasti dingin. Tiada nada mesra langsung!

“Ceh!” Tan Sri Azhar segera bangun dari kerusi tersebut dan berjalan menuju ke arah Khaliq. Bahu Khaliq dipeluk erat. “Cerita dekat bapak, apesal cari designer baru? Designer yang bapak sediakan tu tak cukup bagus ke?” Tan Sri Azhar berbisik perlahan di telinga Khaliq.

Khaliq tergelak perlahan lalu ditepuk-tepuk tangan bapaknya dibahu. “Bukan sebab tu lah bapak. Designer tu memang dah lama kawan Khaliq suggestkan. Diaorang cakap kerja dia tiptop. That’s why Khaliq nak cuba. Bapak janganlah risau. Apa-apa jadi, Khaliq yang akan bertanggungjawab.” Khaliq menepuk dadanya berkali-kali.

“Okeylah, kalau Khaliq cakap macam tu. Pastikan itu adalah tanggungjawab Khaliq! Jangan ingat bapak bagi green light sekali, Khaliq akan lepas lagi.” Tan Sri Azhar melepaskan pelukan di bahu anaknya itu lalu menepuk kuat belakang Khaliq sehingga tubuh anaknya itu tergerak ke hadapan. Terasa luruh jantung Khaliq apabila dibuat begitu. Namun, bibirnya terpaksa mengukir senyuman kelat untuk mengambil hati bapaknya.

“Okey pak! Janji!” Khaliq mengangkat tangan seperti orang berikrar.

Good! Dahlah, bapak pergi dulu. Take care of this company. Very well!” Tan Sri Azhar tergelak kuat sebelum keluar dari bilik pejabat tersebut.

Khaliq menghembus nafas lega apabila pintu tertutup rapat. Peluh di dahi segera dikesat dan tubuhnya dihempas di atas kerusi kerjanya.

“Fuhhhh selamat!” Khaliq bersandar di kerusi kerjanya sambil menutup mata. 

“Tuan, cane? Cane? Cane?” Masuk saja Zack, suaranya riuh menggempar bilik tersebut. Khaliq pula masih tenang menutup mata dan bersandar di kerusi kerjanya.

“Tuan!” Zack menjerit kuat apabila melihat tiada respon daripada majikannya itu.

“Rombak balik schedule esok. Aku nak jumpa designer tu.” Arah Khaliq tegas. Zack menganggukkan kepalanya lalu menulis segala arahan majikannya itu di dalam buku laporan yang sentiasa berada ditangannya.

Khaliq bangun dari kerusi kerjanya dan menuju ke arah tepi tingkap. Matanya tajam memerhatikan sekitar Kuala Lumpur yang semakin pesat dengan bangunan-bangunan mencakar langit. Seketika kemudian matanya terhenti di sebuah bangunan tinggi yang masih dalam proses untuk disiapkan.

“Zack! Kau nampak tak tu?” Khaliq menjerit memanggil setiausahanya. Zack segera berdiri di sebelah Khaliq dan memandang ke arah tempat yang ditunjuk oleh Khaliq.

“Hotel ke tu?!” Khaliq kelihatan cemas. Teleskop yang terletak di tepi biliknya dicapai lalu diletakkan di hadapan tingkap. Dia segera menggunakan teleskop itu untuk melihat bangunan tinggi itu dengan lebih jelas.

“Tu World Hotel, tuan. Takkan tuan tak perasan selama ni?” Zack menggaru kepalanya sambil memerhatikan tingkah laku Khaliq yang kelihatan sungguh cemas.

What?! Kenapa kau tak cakap awal-awal?! Dah tinggi macam tu baru kau nak bagi tahu aku?!” Khaliq menjerit geram. Mahu saja tangannya meluku kepala Zack itu!

“Kenapa pula tuan? Ada masalah ke?”

Khaliq makin berapi mendengar pertanyaan Zack. Dia mencekak pinggang sambil menghembus nafas berat.

“Kalau hotel tu ada dekat situ, maksudnya dia akan bagi persaingan sengit kepada hotel kita. Tahlah dekat sangat tu! Huish, tak boleh jadi ni! Zack, aku nak report pasal hotel baru tu. Cepat! Pergi!” Khaliq seperti komander menyuruh anak buahnya menjalankan tugas. Dengan mukanya yang serius, suaranya yang tegas dan lantang itu membuatkan sesiapa saja yang mendengar arahannya akan berasa kecut perut! Zack segera keluar dari bilik tersebut dengan langkah tergesa-gesa.

Khaliq mengetap giginya sambil memerhati bangunan yang semakin dibina tinggi itu. “World Hotel konon! Kampung Hotel!” Omel Khaliq dengan muka mencuka.

3 Cinta - 1


BAB 1



TIGA nama, tiga perwatakan berbeza, tiga muka yang berbeza. Tetapi! Kekacakan, kekayaan, keluarga, semuanya sama malah berada dalam tahap maksimum!

Khaliq Hakim, berpersonaliti seperti maksud namanya juga. Kreatif dan bijaksana. Dialah tonggak utama keluarga memandangkan dia anak sulung dan dihormati serta disayangi oleh adik-beradiknya yang lain. Sangat rajin bekerja. Sering diminati kerana fizikal dan mentalnya yang menarik. Berkarisma. Kacak. Tinggi. Kemas. Sangat sempurna! Bekerja sebagai CEO syarikat keluarga, menggantikan bapaknya.

Khalil Habib, turut berpersonaliti seperti namanya juga. Sahabat yang penyayang. Dialah orang yang sering menjadi penasihat kepada adik-adiknya jika berlaku perselisihan faham. Selalu menghabiskan masanya dengan kawan-kawan. Jika ada sambutan, dialah orang pertama memberi ucapan dan hadiah! Sungguh penyayang dan bibirnya selalu mengukir senyuman indah! Kacak. Tinggi. Baik. Merendah diri. Kemas. Utamakan orang lain! Bekerja sebagai pelukis antarabangsa.

Khalish Haiyan. Keikhlasan yang hidup. Tetapi, sebelum dia memberi bantuan, perkataan yang keluar daripada mulutnya seperti pisau menghiris di kalbu. Sedikit sombong dan pentingkan diri, tetapi sentiasa ikhlas membantu orang yang memerlukan terutamanya orang yang lebih berusia daripadanya. Sentiasa menghormati orang lain dan sangat menyayangi orang yang dianggap istimewa. Kacak. Tinggi. Kemas. Muka berlagak. Hati baik! Bekerja sebagai model terkenal sepenuh masa.

Alright! Pose lain, please!”

Khaliq, Khalil dan Khalish mengubah posisi mereka. Pancaran flash kamera sekali lagi memancar.

Okay, nice!”

Sesudah itu, Khaliq terus bergerak ke arah tepi studio. Wajahnya kelihatan sedikit tidak gemar dengan situasi itu. Demi adiknya terpaksalah dia datang ke sini untuk mengambil gambar bagi menjadi model di muka hadapan majalah.

“Liq, thanks.” Khalish menepuk sekali bahu Khaliq lalu duduk di hadapan abangnya itu.

“Hmm…” Khaliq mengangkat muka sedikit dan menganggukkan kepala. Dia malas hendak bercakap banyak. Penat. Patutlah apabila Khalish balik saja ke rumah, pasti kepenatan dan terus tertidur di ruang tamu tanpa membersihkan diri. Itulah kerjanya juga, bangunkan adiknya itu. Kalau tak mahu bangun, dialah terpaksa memapah adiknya itu masuk ke bilik.

“Lil, thanks tau!” Khalish menjerit ke arah Khalil yang sedang melihat gambar-gambar mereka di komputer.

Alright! Sama-sama!” Khalil mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum kacak.

“Kau lepas ni ada apa lagi?” Khaliq bertanya seraya mengambil air mineral disebelahnya. Dijeling adik bongsunya itu sekejap.

“Tak ada apa-apa lagi. Hari ni schedule aku ni je.” Jawab Khalish selamba sambil tersengih. Sengih? Hmm, depan adik-beradiknya saja! Susah juga hendak melihat si Khalish ini tersenyum mahupun tergelak! Kalau ada pun, orang itu pasti istimewa buatnya.

“Bagus. Bayar hutang kau. Ikut aku pergi Johor malam ni. Ada meeting esok pagi.” Kata Khaliq selamba. Terus berubah wajah Khalish seratus peratus!

“Ah, tak nak aku! Kau pergilah. Ajak si Khalil tu hah!” Khalish terus berdiri hendak pergi dari situ. Kalau dia asyik berhadapan dengan abangnya, itulah yang sering dibangkitkan! Tak habis-habis nak tarik dia masuk bidang perniagaan! Balik-balik kena ikut telunjuk! Huh, bosan!

“Oh… Tak nak ikut? Alright!” Khaliq mengangkat kening sambil tersenyum. “I will make sure your Lambo, Pera and Poshe akan dijual!” Dengan tegas Khaliq bersuara.

Terus terhenti langkah Khalish! Mukanya berkerut, dia menggigit bibir bawahnya. Dia tahu, kereta-kereta itu semua hadiah daripada abangnya itu. Dah jadi kesayangan dah pun! Haish, siapa tak sayang kereta mahal?! Lambo, Lamboghini. Pera, Ferrari. Poshe, Porsche. Argh! Kejam betullah Khaliq ni!

“Siapkan diri. Malam ni after aku balik dari office, kita terus gerak.” Selepas berkata begitu, Khaliq terus berlalu dari situ dengan senyuman lebar di bibirnya.

“Ish!” Khalish mengetap kuat giginya dengan kening berkerut sambil memandang ke arah Khaliq yang sedang menuju ke arah bilik persalinan. Main ugut-ugut pula dia! Bossy sungguh!

“Bro! Aku laparlah. Kau ada makanan tak?” Khalil menyergah Khalish dengan muka yang ceria.

“Hish, tak habis-habis makanan! Kau nak makan pergilah beli sendiri! Hishhhh!” Muka Khalish memerah, semua dihamburkan kemarahannya kepada Khalil. Terpinga-pinga Khalil mendengar bentakkan Khalish.

“Woi, kau pehal?” Khalil bertanya dengan riak serba salah. “Aku ada buat salah ke? Tadi gambar tu lawa je.” Khalil mengerutkan keningnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.


RUMAH banglo moden tiga tingkat yang terletak di tanah lot berukuran setengah ekar itu ditujunya. Selepas pintu pagar dibuka, kereta Lambogininya diparkir di garaj yang memuatkan lapan biji kereta di situ. Rumah ini dibina pun disebabkan kerenah lelaki seorang ini! Konon nak berdikari tiga adik-beradik! Alih-alih dia yang paling manja, kereta pun ada tiga dan mahal-mahal! Abang sulungnya pun memakai dua kereta sahaja, dan bukan kereta mahal-mahal sepertinya. Abang keduanya itu pun begitu! Selamba saja pakai Perodua Viva dan Myvi. Sangat rendah diri!

Kod pintu rumah ditekan malas, seketika kemudian pintu terbuka dari dalam. Dengan langkah longlai dia masuk ke dalam rumah dan suis lampu ditekan semuanya serentak. Matanya hanya ternampak sofa putih yang empuk dan indah.

“Khalish! Anak mama dah balik rupanya!” 

Terhenti langkah Khalish di hadapan sofa tersebut. Terus hilang kantuk yang beraja tadi! Dia segera memusingkan tubuhnya dan memandang ke arah mamanya yang sedang tersenyum simpul melihat ke arahnya. Tudung bawal yang dihias cantik di kepala mamanya itu dapat memberi penjelasan kepadanya bahawa mamanya baru sahaja datang ke rumah.

“Mama!” Khalish terus berlari memeluk mamanya.

How are you, sayang?”

Khalish menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“Ma, I miss you so so so much!”

Puan Sri Shuhaida tersenyum mendengar kata-kata indah anak bongsunya itu. Sudah besar, masih lagi merengek seperti budak kecil!


KERETA Honda CRV milik Khaliq sudah selamat diparkir di garaj. Matanya tidak lepas memandang ke arah kereta Toyota Camry di hadapan rumah dengan pandangan yang tajam. Perlahan-lahan Khaliq melangkah masuk ke dalam rumah sambil membuka butang blazernya.

“Ma! Sedapnya! Kalau hari-hari dapat makan masakan mama ni confirm Lish terus gemuk! Sedap berkrim!” Suara Khalish bergema di dalam rumah agam tersebut. Gelaknya yang berdekah-dekah turut menggamit perasaan Khaliq. Tanpa berlengah lagi, Khaliq terus ke bilik makan untuk melihat keadaan di sana.

“Aip, Lish kenalah jaga badan. Dah jadi model international!” Puan Sri Shuhaida tersenyum manis.

Khaliq berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang. Haruman lauk ketam masak lemak cili padi di atas meja membuatkan perutnya berasa sedikit berkeroncong. Tambahan pula, memang dari tengah hari dia tidak menjamah sedikitpun makanan. Selepas photoshoot tadi, dia terus pergi mesyuarat dengan syarikat hiasan dalaman.

“Wei, makan! Sedap gila!” Khalish yang baru saja ternampak Khaliq merenung tajam ke arahnya, mengajak terus abangnya itu menyertainya sekali. Puan Sri Shuhaida turut memandang ke arah Khaliq yang tidak sedikitpun memandang ke arahnya.

“Siap cepat! Kita pergi Johor.” Ujar Khaliq tegas sebelum melangkah pergi dari situ tanpa senyuman mahupun kata-kata indah daripada mulutnya.

Terhenti tangan Khalish daripada terus menyuap nasi ke dalam mulut. Suara tegas dan serius milik Khaliq tadi serba sedikit mematikan seleranya walaupun tahap masakan mamanya itu berada di tahap yang cemerlang sekali. Wajah muram mamanya dipandang sekilas.

“Ermm… Ma, Lish kena bersiap pergi Johor dengan abang. Lish dah janji nak tolong dia.” Khalish berkata perlahan. Makanan yang bersisa di dalam pinggan terus disumbat ke dalam mulut hingga licin.

“Iyelah. Lish pergilah bersiap. Mama kemaskan ni dulu.” Ujar Puan Sri Shuhaida sambil tersenyum kelat.


“KAU ni tak fikir ke perasaan mama?! Dia dah mengandungkan kita sembilan bulan lebih, jaga kita sejak dari kecik tapak tangan lagi, bila dah besar kau nak melawan dia pula?! Kau manusia jenis apa ni?! Ibu sendiri pun tak tahu nak berbudi!” Khalish membentak kuat di sebelah Khaliq.

“Wowowo! Sabarlah weh. Benda boleh bawa bincang!” Khalil yang duduk di tempat duduk belakang segera menyampuk apabila mendengar suara adiknya itu meninggi. Bukan dia tidak tahu perangai Khaliq, pantang sungguh kesabarannya dijolok-jolok! Nanti tak fasal-fasal ada je kena jalan kaki balik rumah semula.

“Baik kau diam, Khalish! Aku tak ungkit fasal kau dah cukup baik!” Khaliq bersuara keras, matanya tajam melihat jalan di hadapan.

“Alah kau! Tunjuk bagus pulak!” Khalish mencebik.

“Kau pahal, Lish?! Kau gaduh dengan bapak tak ada pulak aku masuk campur! Sekarang nak bangkit-bangkit fasal jaga dari kecil segala! Eh, bapak pun jaga kita sejak kecil, sejak besar tapak tangan ni! Cheh, anak mithali konon! Sampah!” Khaliq tersenyum sinis.

Kini mulut Khalish sudah terkunci rapat. Kata-kata abang sulungnya itu membuatkan mulutnya terdiam seribu bahasa. Fikirannya pun sudah lambat untuk mencernakan ayat. Memang benarlah, abangnya ini jarang sekali hendak bersuara. Kalau sekali bersuara, memang berdengung kepala! Langsung tak boleh nak menjawab!

“Bro, rileks la! Benda boleh bincang. Tak payahlah macam ni. Kita kan best friend. Tak yah lah gaduh-gaduh.” Khalil mengurut bahu Khaliq dan Khalish dengan tangan kiri dan kanannya.

“Lil, baik kau duduk belakang diam-diam. Kang ada jugak kena balik rumah jalan kaki ni!” Khaliq bersuara tegas sambil memandang tajam jalan di hadapan.

“Okey, okey. Rilek!” Khalil mengangkat tangan lalu bersandar di tempat duduk belakang. Huh, susah betullah kalau adik-beradik suka bergaduh ni! Dia yang serba salah jadinya.

Laman Twitter yang terpapar pada telefon bimbitnya dipandang tanpa bersuara. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman. Khalil segera meletakkan dagunya di tempat duduk Khaliq, di bahagian pemandu.

“Liq, awek kau dah balik.” Bisik Khalil perlahan sambil tersenyum.

“Awek mana ni? Aku mana ada awek!” Khaliq membalas kuat. Geram hatinya apabila dituduh begitu.

“Alah kau ni… Takkan tak ingat Maisara? Dia baru twit, dia cakap dia dah sampai Malaysia.”

Khaliq mendiamkan diri apabila mendengar berita itu. Matanya masih terarah ke hadapan, memandang jalan raya.

“Woi, dah putuslah.” Khalish menyampuk.

“Aku taulah! Hehehe.” Khalil tersengih lalu tersandar semula di tempat duduk belakang. “Dia bertambah cantik bila balik luar negara ni. Nak tengok gambar dia?”

Tiada jawapan untuk soalan Khalil.

“Fuh… Kawan-kawan dia semua cantik-cantik! Lish, kau tengok ni. Confirm taste kau!” Khalil memberi telefon bimbitnya kepada Khalish yang sudah berminat hendak melihat gambar tersebut.

Namun, baru saja tangan Khalish mencapai telefon bimbit Khalil, Khaliq pantas mengambil telefon tersebut. Tingkap terus dibuka dan telefon bimbit tersebut dicampak keluar kereta yang masih laju membelah jalan raya.

Khalil melopong melihat telefon bimbitnya dicampak ke luar tanpa izinnya terlebih dahulu. Khalish pula tergamam melihat telefon bimbit Khalil dibuat seperti itu! Seperti sesaat kejadian itu berlaku!

“Woiiii!!! HTC akuuuu!!!! Baru sehari keluar dari kilanglah, sial! Asal kau buang?!!! Arghhh!!!!” Khalil menjerit seperti orang terkena histeria. Kepalanya dipegang lalu terbaring di tempat duduk belakang. Hilang separuh nyawanya!

“Aku pernah cakap, babit fasal perempuan tu, kau akan tahu nasib kau macam mana kan! Aku dah pernah cakap! Itulah salah satu akibat yang aku akan buat!” Khaliq mengetap giginya. Perasaan geram tadi terus menjalar di segenap tubuhnya. Perasaan benci lagilah! Menjulang-julang!

Khalish di sebelah sudah menikus. Khalil di tempat belakang masih lagi stress dengan telefon bimbitnya sudah dibuang. Akhirnya perjalanan ke Johor malam itu menjadi salah satu sejarah dalam hidup mereka. Tiada gelak tawa. Tiada usik-mengusik. Apa yang ada, hanyalah kemarahan, kemurungan, kesedihan dan kesepian.


Old things